Wednesday, July 11, 2012

Filem Rosyam Nor, Balistik hebat, 55% guna senjata


Setelah kejayaan filem Castello pada 2004, Rosyam Nor sekali lagi mempertaruhkan filem aksi terbaru terbitan syarikat produksinya, Suhan Movies & Trading dengan kerjasama Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF).

Filem bertajuk Balistik ini menampilkan barisan pelakon seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Rosyam Nor dan ramai lagi.

Menurut Rosyam Nor, filem ini lebih menonjolkan babak pergaduhan yang menggunakan senjata.

“Tak seperti filem aksi yang lain yang lebih banyak babak pergaduhan secara fizikal, filem ini 55% menggunakan senjata,” kata Rosyam di majlis pelancaran filem Balistik di Subang Jaya, baru-baru ini.

Rosyam Nor menyatakan dia agak fobia untuk menerbitkan filem. Namun, dia mempunyai matlamat sebagai seorang penerbit.

“Saya dah tak mahu menerbitkan filem cinta. Tambahan pula, akhir-akhir ini penonton gemar menonton filem aksi,” kata Rosyam.


Diarahkan oleh Silver, filem ini mengenai Saga (Rosyam Nor) seorang pembunuhan upahan dan juga suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga sebagai pembunuh mamaksa dia untuk berpisah dengan Salina. Namun, anaknya dibawa bersama.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu Salina telah berkahwin dengan Nizam (Ady Putra).

Walaupun filem ini mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism, namun masih ada elemen cinta dan kasih sayang.




No comments:

Post a Comment