Wednesday, July 11, 2012

Rangkul emas, pencen RM5 ribu setiap bulan seumur hidup


Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa pemergian atlit Malaysia ke temasya Sukan Olimpik London 2012, yang berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos ini akan diiringi oleh doa dan sokongan oleh 27 juta rakyat Malaysia.

Beliau berkata walaupun sokongan berkenaan bukan dalam bentuk fizikal namun lebih kepada sokongan semangat dari hati dan nurani dengan harapan agar atlit Malaysia mampu meraih kejayaan. 

"Setiap langkah atlit Malaysia menuju ke arena olimpik, rakyat Malaysia akan berada di belakangnya." beliau berkata demikian pada satu majlis ringkas meraikan kontinjen Olimpik Malaysia yang akan berjuang ditemasya Olimpik London 2012 yang akan berangkat ke London penghujung bulan ini. Pada majlis yang sama acara penyerahan 'Jalur Gemilang' kepada ketua kontinjen Malaysia ke Olimpik London 2012 turut diadakan.

Dalam ucapan berkenaan juga Perdana Menteri Malaysia itu mengumumkan insentif yang benar-benar memberi suntikan semangat kepada atlit tanah air. Antaranya bagi pemenang yang berjaya merangkul pingat emas hadiah sebanyak RM1juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000). Tambah mengejutkan lagi Perdana Menteri mengumumkan satu lagi insentif tambahan baru bagi pemenang pingat emas akan mendapat  bayaran pencen RM5,000 sebulan seumur hidup, pingat perak (RM3,000) manakala pingat gangsa (RM2,000). Pengumuman insentif baru berupa pencen ini disambut dengan sorakan gemuruh para atlit dan dilihat sebagai satu langkah yang benar-benar realistik untuk  memberi semangat yang tidak berbelah bagi kepada semua atlit tanah aiir.

No comments:

Post a Comment