Wednesday, July 11, 2012

Anita Sarawak Mula Pakai Tudung?


Agak lama juga sebenarnya kita semua tidak mendengar kisah tentang selebriti yang terkenal kepetahan bercakap dan suara lantang beliau ketika menyanyi. Sedar atau tidak, sudah hampir dua tahun Anita Sarawak menghilangkan diri dari dunia seni hiburan Malaysia dan sehingga kini lokasi beliau masih tidak di ketahui.

Bagaimanapun baru-baru ini menurut laporan akhbar yang seakan memberi gambaran yang diva kesayangan ramai yang mesra dengan panggilan Kak Nita ni kini kembali menetap di Amerika Syarikat dan khabarnya sudah pun berhijrah. 

Mengukuhkan lagi berita tersebut, baru-baru ini Kak Nita dilihat oleh beberapa orang peminat memakai jubah & bertudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah di Texas, Amerika Syarikat.

Laporan akhbar itu turut menyebut yang penyanyi yang popular dengan lagu Seksis ni berjalan seorang diri tanpa ditemani oleh suami’nya Mahathir Abdullah yang mungkin bekerja ketika itu.

Peminat yang terserempak dengan Anita Sarawak sempat memanggil nama penyanyi itu dan selebriti itu sempat menoleh sebelum dikatakan bergegas meninggalkan tempat berkenaan.

No comments:

Post a Comment