Monday, June 18, 2012

Rizal (AF5) Nikah Eksekutif Firefly Tahun Depan


Rizal AF5 Nikah Eksekutif Firefly : Rizal AF5 bakal bernikah dengan Eksekutif Firefly pada tahun hadapan selepas bertunang pada 26 mac yang lalu setelah menjalinkan percintaan selama 4 tahun.

Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub, 25 tahun, menyatakan, dia tiada niat untuk merahsiakan pertunangannya dengan Eksekutif di syarikat penerbangan Firefly bernama Maria Mohd Harun tetapi dia enggan terlalu menghebohkan cerita berkenaan.

“Saya tak mahu membesarkan hal ini kerana ini baru majlis pertunangan sahaja. Alhamdulillah keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengikat kami dengan tali pertunangan selepas empat tahun bercinta.

“Saya bersyukur kerana memiliki bakal isteri yang cantik dan pada masa sama kami saling memahami antara satu sama lain, lebih-lebih lagi dengan kesibukan kerja saya yang tidak menentu ini.



“Alhamdulillah apabila niat kita ingin menuju ke alam perkahwinan, rezeki kerja nyanyian dan lakonan juga bertambah. Semoga perancangan kami mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar,” ujar Rizal AF5. Mereka dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada januari tahun hadapan. - Forblogger | Hiburan.



No comments:

Post a Comment