Zed Zaidi berkata, pihak persatuan akan mengatur satu pertemuan bersama Anzalna dan Neelofa untuk memberi nasihat serta sekali gus membantu menyelesaikan pertelingkahan mereka.
“Kemudian, saya akan aturkan satu pertemuan bersama mereka untuk berbincang dan memberi nasihat kepada mereka. Pertemuan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh ahli jawatan kuasa disiplin persatuan sahaja,” katanya.
Ditanya mengenai amaran sekatan tawaran lakonan yang dikeluarkan kepada Anzalna, Neelofa dan Tasha sebelum ini, Zed berkata, jika mereka ingkar dan terus bergaduh, persatuan akan meneruskan sekatan itu sebagai pengajaran.
“Mana-mana produksi yang ingin menjalankan penggambaran perlu mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
“Tenaga karyawan tempatan yang terlibat hendaklah menjadi ahli kepada mana-mana persatuan-persatuan yang diiktiraf oleh Finas di bawah Padu Citra iaitu Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Seniman, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).
“Dalam kes mereka bertiga, jika kita gantung keahlian mereka selama sebulan, secara automatik, pihak produksi tidak boleh mengambil mereka berlakon dalam tempoh itu kerana mereka perlu menjadi ahli persatuan yang aktif.
“Justeru, secara tidak langsung, tawaran lakonan mereka akan disekat. Namun, itu hanya jalan terakhir dari jawatankuasa disiplin jika pertelingkahan mereka tidak selesai,” katanya.
No comments:
Post a Comment