KHABAR angin yang mengatakan mengenai kematian pelakon dan pelawak, Osman Kering,58, kelmarin adalah tidak benar sama sekali.
Perkara itu disahkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika melawat Osman di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM), semalam.
"Buat masa sekarang, dia bergantung sepenuhnya kepada bantuan pernafasan yang disalurkan. Saya tidak pasti sehingga bila bantuan pernafasan tersebut akan diteruskan.
"Bagaimanapun, saya dan ahli persatuan yang lain mendoakan yang terbaik untuknya," katanya ketika dihubungi Zass.
Jelas Zed, pihak persatuan juga tidak ketinggalan menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Osman.
"Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli keluarga Osman. Apa pun, saya harap mereka tenang menghadapi apa yang berlaku," katanya.
Osman Kering atau nama sebenarnya, Osman Kassim dikejarkan ke HUKM, selepas rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras, kelmarin.
Osman sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas sebelum ini dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.
No comments:
Post a Comment