Tuesday, June 12, 2012

Bapa Radhi OAG Meninggal Dunia


Takziah diucapkan kepada Radhi OAG yang kehilangan ayahnya, Allahyarham Razali bin Sabang, pada jam 1.40 pagi tadi.


Berita kematian tersebut disahkan sendiri oleh Radhi ketika dihubungi oleh Kakileaks sebentar tadi.

"Ayah meninggal dunia kerana serangan jantung yang dialaminya sejak sekian lama. Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada April lalu. Selepas itu, kami hanya berhubung melalui telefon sahaja.

"Arwah ada berpesan supaya tidak meninggalkan solat dan dalam masa yang sama gembira melihat perubahan diri saya," katanya dalam nada sebak.

Di samping itu, satu pesanan yang cukup tersentuh buatnya apabila arwah ayahnya berpesan agar tidak memanggilnya dengan nama panggilan 'Mulo' yang tidak membawa sebarang maksud. Sebaliknya memanggil dengan nama Radhi.

Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman Radhi, tengah hari ini.

No comments:

Post a Comment