Tuesday, June 12, 2012

Farid Kamil marah Diana Danielle peluk Remy Ishak


Keberanian Diana Danielle dan Remy Ishak menjayakan beberapa babak 'daring' menerusi filem terbaru arahan Osman Ali, Jiwa Taiko telah mengundang pelbagai reaksi. Kebetulan, Farid Kamil yang juga kekasih Diana turut hadir pada malam gala filem berkenaan yang diadakan di Cathay Cinelesure, Damansara, baru-baru ini.

Tatkala di tebak mengenai perasaannya melihat lakonan intim Diana dan Remy, Farid berkata dia berasa tidak layak untuk memberi komen tentang lakonan Diana dan Remy di dalam filem berkenaan.

"Saya rasa tidak layak untuk memberi komen tentang lakonan sesiapa di dalam filem itu. Tetapi secara peribadi, saya rasa lakonan Diana semakin ada peningkatan. "Mengenai babak intim, saya rasa bersesuaianlah dengan klasifikasi  filem ini (18). Jadi memang saya sudah menjangka akan ada adegan-adegan sebegitu," tuturnya.

Farid berkata, dia dan Diana tidak pernah berbincang mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam lakonan.

"Kami tidak pernah berbincang tentang apa yang boleh dan tidak boleh kami lakukan ketika berlakon," katanya. Bagaimanapun, Farid berpendapat, filem Jiwa Taiko bakal mendapat kutipan pecah panggung dan diklasifikasikan sebagai  filem Melayu paling 'daring' 2012.



"Sebagai penonton saya rasa filem ini filem Melayu paling daring. Saya puji Osman Ali kerana berani paparkan kelainan dari segi persembahan, interpretasi," ungkapnya.

No comments:

Post a Comment