Tuesday, June 12, 2012

Neelofa Berang bakal saman Anzalna?


Mungkin nama Anzalna Nasir tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya menerusi pencarian Dewi Remaja 2010, Neelofa Mohd Noor.

Rata-rata lebih mengenali Neelofa yang diberi lebih banyak ruang dan peluang di dalam industri seni.

Mana tidaknya, Neelofa juga turut menggalas peranan penting sebagai pengacara rancangan popular, Nona, walaupun masih baru dalam industri.

Namun, kedinginan mereka dihidu sejak Dewi Remaja lagi. Menerusi teman terdekat, mereka dikatakan tidak mempunyai hubungan baik .

Mencipta satu lagi kontroversi yang boleh mengeruhkan keadaan, Anzalna tampil berani mengeluarkan kenyataan terhadap pelakon utama filem Azura ini.

Dalam temu bual sebuah akhbar, Anzalna mendakwa Neelofa tidak berpuas hati dan pernah menghinanya menerusi laman sosial Facebook.

Anzalna turut mengatakan Neelofa turut mewujudkan akaun Facebook, Kami Benci Anzalna dan mengugutnya sekiranya dia memenangi Dewi Remaja.


Tidak hanya berdiam diri, Neelofa menerusi Twitternya membidas kenyataan Anzalna.

"Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan orang lain dalam surat khabar adalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the truth. I will do it the official way”, kata Neelofa menerusi Twitternya.

Neelofa yang dihubungi Zass, bagaimanapun enggan beri kenyataan.

“Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi, tapi bukannya hari ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment