Saturday, June 30, 2012

Isteri Dato Fazley, Datin Azrene Manis Bertudung


Datin Azrene merupakan isteri kepada figura terkenal iaitu Dato’ Fazley Yaakob menjadi isteri serta ibu sepenuh masa bukanlah satu tugas yang mudah. Beliau berkelulusan Bachelors of Law dan juga Master of Laws dalam bahagian Hak Asasi Manusia dari Nottingham University, United Kingdom.

Selepas bersalin anak ke-2, atas dorongan suami, Datin Azrene tukar profession dan mula berjinak dengan memberi latihan kepada para belia, wanita dan ahli korporat mengenai imej.

Selain itu, beliau juga turut menyertai kursus imej di Malaysia dan luar negara untuk mendapatkan sijil dan accreditation sebagai pakar imej. Datin Azrene dan suami juga telah bergabung tenaga di bawah syarikat dan bertugas sebagai Certified & Accredited Image dan Fashion & Etiquette Consultant. Dan kini, beliau juga sedang menulis buku motivasi untuk ibu-ibu mengandung.

Apa yang lebih menarik sebelum ini Datin Azrene hanya nampak berpenampilan biasa sahaja, namun selepas kelahiran bayi yang ketiga beliau telah menukar penampilannya. Datin Azrene baru sahaja membuka lembaran baru iaitu beliau telah pun berpenampilan bertudung kemas.



Penampilan baru beliau kini sangat cantik dan kelihatan sangat manis dengan wajahnya yang semakin berseri-seri. Syukur alhamdulilah atas berkat doa dan bimbingan suami tercinta juga membuatkan beliau telah berjaya hingga ke peringkat kini.

No comments:

Post a Comment