Saturday, June 30, 2012

Hantaran Bunga Segar Pernikahan Irma-Redza


Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang manis bersama pasangannya, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, di Dewan Persidangan Putrajaya pada Jumaat lalu.

Dalam majlis akad berkonsepkan Miror-Miror serta bertemakan hitam putih itu, Irma Hasmie telah dihadiahkan sebentuk cincin bertatahkan berlian oleh suaminya yang juga seorang usahawan.

Selain sebentuk cincin, pengantin lelaki yang mengenakan busana rekaan Izuan Ismail itu juga turut menyerahkan mas kahwin sebanyak tiga dinar (RM 2,220).

Pasangan ini juga turut berbalas hantaran sebanyak 11 dulang hantaran oleh pihak lelaki dan dibalas 13 dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Antara hantaran yang diterima Irma yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat adalah tas tangan berjenama Gucci, kain lepas, kek berbentuk tas tangan perempuan, jam tangan berjenama Tissot, set penjgaan kulit, perfume, buah-buahkan berry, coklat dan wang hantaran berjumlah RM33,333.33.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah komputer riba, coklat, jam tangan, manisan dan kurma, kek, dompet, cermin mata hitam, perfume, baju kemeja, Quran, sejadah, sebentuk cincin dan sireh junjung.


Menariknya, set hantaran kedua-dua belah pihak didekorasi oleh De Classaflora yang menggunakan bunga-buangan segar dan harum.

Dengan bertemakan rona putih suci, majlis akad nikah yang dilangsungkan dengan meriah itu telah dihadiri kira-kira 300 orang tetamu daripada kalangan keluarga, saudara mara serta rakan terdekat pasangan pengantin.


Irma telah berkenalan dengan Redza ketika menunaikan Umrah pada 14 Februari lalu dan telah mengikat tali pertunangan pada 24 Mac lalu.

Pasangan mempelai ini bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 1 Julai ini.















No comments:

Post a Comment