Wednesday, June 27, 2012

Ella pilih Juruterbang dari Muar sebagai suami


KOTA BHARU: Selepas berjaya membimbing Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, hingga menjuarai Mentor musim keenam pada 10 Jun lalu, ratu rock, Ella atau Norzila Aminuddin, 46, sekali lagi dijangka menempuh detik manis apabila bakal bergelar isteri dalam tempoh kurang dua minggu lagi.

Sumber terdekat keluarga Ella yang enggan dikenali berkata, Ella dijangka berkahwin dengan seorang juruterbang berasal dari Muar, Johor dan majlis pernikahan mereka akan diadakan pada 7 Julai di kediaman keluarganya di Klang, Selangor.

“Apa lagi yang hendak diperkatakan, sama saja seperti majlis pernikahan orang lain.

“Itu saja boleh saya katakan. Dia (Ella) akan dinikahkan dengan seorang juruterbang berasal dari Muar, Johor,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sebelum ini, ratu rock itu dikesan mengikuti kursus perkahwinan pada 3 hingga 4 Mac lalu hingga timbul andaian dia sudah menemui calon suami dan bakal menamatkan zaman solonya.

Bagaimanapun, Ella enggan mengulas mengenai gosip itu dan lebih senang mengambil pendekatan berdiam diri.

Selepas itu, beberapa blog menyiarkan Ella memilih seorang juruterbang dan akan dinikahkan di Klang, 7 Julai ini.

No comments:

Post a Comment