Wednesday, June 27, 2012

Jalani Sidek dedah punca ceraikan Raja Azmi

"Kami juga sudah tidak bahagia. Jadi, buat apa kami terus hidup bersama dan inilah takdirnya," 
KUALA LUMPUR, 28 JUN 2012: Bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek, 49, menafikan perceraian yang berlaku antara dia dan isterinya, produser terkenal Raja Azmi, adalah disebabkan orang ketiga.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro, Jalani yang ditemui di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang semalam, telah menyifatkan perceraian itu sebagai keputusan terbaik yang boleh memberi keadilan kepada bekas isterinya itu.

Pasangan ini secara sah telah bercerai talak satu apabila Jalani melafazkan lafaz cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Raja Azmi petang kelmarin.

Jalani berkata dia bersetuju bercerai dengan Raja Azmi kerana perlu bersikap adil padanya yang cukup tertekan dengan apa yang berlaku selama ini.

"Kami juga sudah tidak bahagia. Jadi, buat apa kami terus hidup bersama dan inilah takdirnya," katanya lagi.

Menurut Jalani lagi, pelbagai konflik dan fitnah melanda rumah tangga mereka terutama kebelakangan ini termasuk dia dituduh sebagai suami dayus.



Dia dan Raja Azmi juga perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi sebaik mungkin kerana tidak mahu anak bongsu mereka, Megat Deli, 18, yang kini sedang melanjutkan pelajaran di universiti terganggu.

Sementara itu, Raja Azmi berkata apa yang berlaku ke atas rumah tangganya adalah akibat tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka.

Dia juga menerima penceraian ini dengan redha dan menganggapnya sebagai ketentuan Tuhan.

Menurut Raja Azmi lagi, biarpun dia dan Jalani sudah tidak lagi tinggal sebumbung, hubungan baik mereka tetap akan diteruskan demi anak-anak.

Ikatan perkahwinan mereka selama 28 tahun berakhir selepas mereka diijabkabulkan di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18.

No comments:

Post a Comment