Thursday, May 10, 2012

PM Teringat Tok Batin Bila Dengar Sinar FM (4 GAMBAR)


Sempena kunjungan ke konti Sinar FM pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak telah berkongsi lagu kegemarannya kepada semua pendengar radio yang baru saja diumumkan sebagai radio nombor dua pilihan rakyat tempatan.

Lebih istimewa lagi, pemimpin yang mesra dan peramah itu telah berkongsi kisah di sebalik lagu-lagu yang dipilihnya itu.

Lagu yang diminati beliau adalah Teluk Bayur dari Erni Djohan, Memikat Hati dari R Azmi dan dua buah lagu dari Bee Gees iaitu Massachaset dan To Love Somebody.

"Ada seorang Tok Batin di kawasan saya suka menyanyi. Dia selalu saja menyanyikan lagu Memikat Hati. Dia suka menyanyikan lagu ini.

"Sejak era 70-an sehingga sekarang, dia masih menyanyikan lagu ini.Jadi, saya sering teringatkan dia apabila mendengar lagu ini. Selain itu, lagu ini juga amat seronok didengar," katanya dalam temubual berkenaan.

 Sila klik :


Selain ditemubual tiga penyampai Sinar Pagi iaitu Krell, Kak Engku dan Salleh Yaacob, Perdana Menteri turut melayan mesra beberapa panggilan dari pendengar Sinar FM. Menariknya, beliau melayan pendengar berkenaan dengan santai sambil berjenaka secara spontan.

Ketika sesi temubual itu, beliau menyatakan tugasannya semakin berat.

Bagaimanapun, Najib dengan senyuman memberitahu amat seronok dapat bersama pagi itu di konti Sinar FM kerana ia mengingatkan kembali kenangannya tatkala masih muda remaja.

Malah, beliau berasa gembira mendengar lagu Marilah Mengundi yang dinyanyikan semula Salleh dalam versi English.

Turut sama berada disitu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan; Pengarah Esksekutif AMP Network, Datuk Borhanuddin Osman dan pengurus Sinar FM, Rustam.


No comments:

Post a Comment