Thursday, May 10, 2012

Amir Akui Silap Bagi Soalan Terencat Akal


KL, 11 MEI 2012: Jawapan sama ada peserta Super Spontan (SS) dari kumpulan Angsa Ganas (AG) iaitu Nana menangis atau tidak dengan usikan Amir terjawab apabila ibu kepada seorang anak ini menafikannya.

Bagaimanapun, Nana Che Mahazan yang menggantikan tempat Daphnie Iking mengakui terasa dengan pertanyaan yang dilontarkan pengulas SS iaitu Amir.

Apakah soalan berkenaan? Adakah ia berkaitan peribadi atau pun sebaliknya?

Dalam pada itu, Amir yang mengakui kesilapan berkenaan memberitahu bahawa dia dan Nana tidak bergaduh. Sebaliknya, hubungan mereka semakin rapat ibarat seorang kakak dan adik.

Malah, Amir turut memberitahu bahawa sering membantu Nana tatkala Nana kebuntuan idea sewaktu menjalani latihan untuk tugasan dalam permainan SS.

Apa sekalipun, tidakkah Amir berasa menyesal dengan apa yang telah dilakukannya? Atau Amir langsung tidak terkesan dan ingin terus menjadi seorang pengulas yang digelar mulut jahat.

Sementara itu, Cat Farish yang tersingkir minggu lalu sudah mengenal pasti bahawa dia merupakan mangsa seterusnya untuk disingkirkan.

Pun begitu, penyanyi ini lebih menyifatkan penyingkiran itu disebabkan dia menghadapi sakit selama dua minggu berturut-turut.

Apakah sakit berkenaan? Adakah Cat Farish terkena buatan orang yang dengki terhadapnya?

Dalam masa yang sama, setiap peserta Beruang Comel yang menghadapi kekalahan selama dua minggu berturut ada alasan sendiri mengapa mereka patut menang pada minggu ke tujuh SS.

Jadi, dapatkan setiap jawapan ini menerusi program disebalik tabir SS iaitu Apa Kata M? (AKM) yang dihoskan oleh Ajieb Rosdi.

AKM disiarkan secara serentak di Astro Warna (Saluran 132) dan Astro Prima (Saluran 105) jam 9.55 mala setiap Jumaat.

No comments:

Post a Comment