Thursday, May 10, 2012

Konsert Jason Mraz di Stadium Merdeka 19 Jun


Berita gembira buat peminat Malaysia yang sudah lama menanti kehadiran penyanyi antarabangsa, Jason Mraz. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Im Yours’ ini akan hadir menggegarkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 19 Jun 2012 bersempena dengan konsertnya, ‘The Jason Mraz’.

Penyanyi berusia 35 tahun ini akan muncul bersama bandnya untuk menghiburkan peminat di Malaysia dengan lagu-lagu popular termasuklah dari album terkini, ‘Love is a Four Letter Word’.

Menariknya, lapan pembeli tiket bertuah yang menjadi pembeli tiket ke 200, 400, 600, 800, 1000, 1200, 1400 dan 1600 akan berpeluang mendapatkan satu pas eksklusif untuk beramah mesra dengan penyanyi kelahiran Virginia, US itu secara lebih dekat. 

Apa tunggu lagi, tiket konsert berharga dari RM75-RM345 sudah mula dijual sejak 10 Mei 2012 menerusi www.AirAsiaRedtix.com atau menghubungi talian 03-8775 4666. Anda juga boleh mendapatkan tiket di cawangan-cawangan berikut : 


Rock Corner outlets:
•    The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2283 4893) 
•    Mid Valley (TEL: 03 - 2284 1423) 
•    KLCC (TEL: 03 - 2161 9417) 
•    Subang Parade (TEL: 03 - 5636 9520) 
•    The Curve (TEL: 03 - 7729 6313) 
•    One Utama (TEL: 03 - 7725 5667) 

Victoria Music outlets: 
•    Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208) 
•    Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592) 
•    Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955) 
•    BSC (TEL: 03 - 2093 1093) 

KL Life Centre (TEL: 03 - 2162 2570)

No comments:

Post a Comment