Thursday, May 10, 2012

Rusdi Ramli timang cahaya mata lagi?


Pelakon yang terkenal dengan filem arahan pengarah terkenal Shuhaimi Baba , Rusdi Ramli memberitahu dia kini berasa teruja apabila mendapat tahu isterinya, Sharon Paul bakal menimang cahaya mata yang kedua mereka tidak lama lagi.

“Saya berasa gembira dengan perkhabaran yang diterima bahawa orang rumah saya kini mengandung anak kedua kami yang mana kandungnnya berusia 2 bulan.” 

Rusdi dan Sharon selamat diijabkabulkan pada 16 November 2009 yang lalu dan mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Reo Ridza hasil perkongsian hidup bersama bekas isteri terdahulu. 

Klik aje :


Bagi Rusdi yang berusia 42 tahun, anak yang dikandung ini merupakan yang ketiga baginya dimana dia mempunyai seorang anak lelaki iaitu Efiezal Ridza atau Efie yang kini berusia 22 tahun. Efie merupakan hasil perkahwinan Rusdi yang pertama. 

Dalam perkembangan lain, Rusdi bakal muncul di dalam 2 buah filem yang akan ditayangkan pada tahun ini iaitu “Tanda Putera” dan “Awan Dania 2”.

No comments:

Post a Comment