Saturday, May 12, 2012

Model baru Mercedes-Benz jadi rebutan


Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd merancang menjual lima unit model barunya, C 63 AMG Coupe, berharga RM781,888, dalam tempoh setahun.

Naib Presiden, Jualan dan Pemasarannya, Kai Schlickum yakin model itu akan laris dalam pasaran Malaysia memandangkan dua tempahan telah diterima bagi model ini.

Schlickum berkata, pelanggan diberi pilihan­ menempah warna kereta mengikut selera manakala tempoh menunggu adalah tiga hingga lapan bulan, kerana pengeluaran akan bermula selepas tempahan dibuat.

Menyentuh jualan model sedia ada, beliau berkata, ia meningkat empat peratus dalam tempoh Januari hingga April tahun ini. Beliau yakin syarikat mencatat kejayaan tahun ini.

Mengenai Dasar Automotif Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai hab cekap tenaga, beliau berkata, ia merupakan langkah baik.



“Pada pendapat kami, ia akan memberikan lebih manfaat kepada pengeluar serta alam sekitar jika lebih banyak sokongan disalurkan ke arah teknologi alternatif, seperti teknologi sel bahan api dan hidrogen, selain hanya kenderaan kuasa elektrik,” katanya.

No comments:

Post a Comment