Saturday, May 12, 2012

Saiful Apek Ambil Dadah Mau Lawan David Teo


Mesti ramai dah tahu cerita mengenai Saiful Apek yang ditahan apabila saringan awal air kencing beliau didapati positif semasa ditangkap pada tahun 2010 lepas.

Perbicaraan isu Saiful Apek ambil dadah nie belum habis lagi apabila hari ini Mahkamah Majistret sekali lagi mendakwa air kencing pelakon komedi Saiful Apek atau nama sebenar Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan tiga rakannya yang lain adalah melebihi takat pengesanan dadah.

Alamak! Baru jer nak tengok tindakan Saiful Apek bersama 50 artis hendak mengambil tindakan terhadap David Teo, timbul balik pulak isu perbicaraan Saiful Apek yang mengambil dadah nie.

Walaupun kes Saiful Apek nie sudah berlarutan 2 tahun, sekiranya Saiful Apek bersama tiga rakannya yang lain disabitkan bersalah, mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.

Perbicaraan Saiful Apek dan tiga rakannya akan bersambung 22 Mei 2012 ini dan kita tunggu jawapan mengenai keputusan isu Saiful ambil dadah nie…

No comments:

Post a Comment