Monday, May 28, 2012

Artis balik Dari Umrah Terus Mabuk


Kadangkala, Murai Baru kasihan pada selebriti kita yang sering menjadi perhatian sehingga segala perilaku dan aktiviti seperti terbatas dan tidak boleh untuk melakukan kesilapan kerana sering kali dinilai perilaku mereka.

Tetapi itulah lumrah bagi sesorang anak seni. Bukan mudah untuk mengekalkan reputasi namun begitu ada yang masih berpegang teguh untuk menjaga nama baik supaya nampak 'suci' di mata peminat.

Membebel lebih pulak rasanya. Bukannya apa, sebab Murai Batu mendapat panggilan daripada seorang teman mengenai seorang dramatis kita yang cantik molek yang dikaitakan dengan isu mabuk di kelab malam selepas foto berita panas itu telah tersebar di Internet.

Apa yang tidak manis didengar, apabila artis yang dikaitkan itu baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah.

Namun Murai Batu tak boleh mengiyakan seratus-peratus bahawa gambar yang tersebar itu adalah pelakon kesayangan ramai berkenaan. Mungkin juga pelanduk dua serupa.

Bagaimanapun teman Murai Batu telah beberapa kali cuba mendapatkan komen daripada artis yang dikaitkan itu.


Namun sehinggalah hari ini, tidak ada sebarang berita yang boleh Murai Batu kongsi dengan pembaca portal Murai.com.my kerana tidak dapat menghubungi pelakon tersebut.

Bagaimanapun pengurus kepada pelakon itu telah memberi sedikit keterangan kepada teman Murai Batu yang mengatakan bahawa pelakon itu kini sibuk menguruskan anaknya yang kurang sihat.

Malah, dalam masa yang sama pelakon itu terikat dengan kontraknya bersama sebuah syarikat produksi filem dan dia dinasihatkan supaya tidak memberi sebarang keterangan untuk mengelakkan sebarang spekulasi timbul.

Kata pengurusnya itu lagi, jika sudah ada bukti dan masa yang sesuai, pelakon itu pasti akan tampil untuk membuat keterangan bagi memperjelaskan situasi yang berlaku.

Buat masa ini pelakon itu tidak mahu memberi sebarang komen.

Macam-macam sekarang cara untuk menjatuhkan orang dan tidak kurang juga yang tidak pandai menjaga peribadi diri sehingga ada yang telah mengambil kesempatan atas kecuaian masing-masing.

No comments:

Post a Comment