Monday, May 28, 2012

"Oh My English", Izara Aishah Jadi Budak Sekolah


Bintang Dewi Remaja 2010, Izara Aishah, 20, akui tidak kekok memegang watak sebagai pelajar sekolah dalam drama bersiri pembelajaran baru berjudul Oh My English.

Malah dia berkata, sangat seronok menjalani penggambaran Oh My English yang ke udara pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (saluran 610) dan Astro Prima (105) pada setiap hari Jumaat pukul 9.30 malam bermula 8 Jun nanti.

"Saya tiada masalah untuk membawakan watak budak sekolah kerana saya baru saja tiga tahun meninggalkan zaman sekolah.

"Jadi ingatan saya kepada zaman sekolah masih lagi segar dan mudah untuk di bawa dalam drama ini," katanya yang ditemui selepas pelancaran drama Oh My English di Hotel Hilton KL, baru-baru ini.

Memegang watak sebagai pelajar sekolah bernama Azlin, Izara akui drama berunsur pelajaran tersebut amat bagus untuk ditonton bagi memperbaiki bahasa Inggeris.

"Bagi saya, ini adalah satu-satunya rancangan dan drama hiburan sambil belajar yang terbaik.

"Sambil menonton dan bergelak ketawa, sambil itu kita boleh belajar bahasa Inggeris dengan cara yang mudah dan seronok," jelasnya lagi.




Selain Izara, drama bersiri 20 episod itu turut menampilkan barisan pelakon yang berpengalaman dan baru antaranya pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagai pengetua.

Tidak ketinggalan pelakon komedi dan peserta Raja Lawak Mega Mr. Os dan Harun Salim Bachik.

Zain Saidin pula membawa watak Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris baru yang merupakan rakyat Malaysia yang dibesarkan di Britain.

Drama itu juga menampilkan pelakon yang baru seperti Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohamad Nazri.




Meskipun baru sahaja ditayangkan, namun peminat drama Oh My English telah diikuti lebih 50,000 pengikut di laman sosial Facebook dan turut ditonton 900,000 orang di laman Youtube.

Naib Presiden Bahagian Remaja dan Kanak-Kanak Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, sambutan hangat itu menjadi bukti bahawa program berbentuk pendidikan mendapat tempat di hati penonton di negara ini.


"Mungkin cara drama dan pembelajaran dalam Oh My English menarik kerana mengambil pendekatan yang unik dalam pembelajaran Bahasa Inggeris yang mudah dan menyeronokkan.

"Di mana setiap episod sitkom selama setengah jam itu mempunyai tema perbualan yang boleh diguna pakai di dalam kehidupan seharian seperti perhubungan, sukan, muzik dan makanan," katanya.

Sementara itu, Yasmin memberitahu, pihaknya telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam merealisasikan program tersebut yang menggalakkan pembelajaran berterusan sepanjang hayat di kalangan masyarakat.


Sebarang maklumat lanjut mengenai Oh My English bolehlah melayari www.ohmyenglish.com.my untuk mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain.


Si Izara ni baru berusia 19 tahun.Muda lagi,cantik dan berbakat lak tu.Berdarah kacukan pakistan.Jealous kan tgk kulit dia..huhu...

Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah dan Jejaka J,Soffiya
Telefilem: Hantu Gigi

No comments:

Post a Comment