Thursday, March 1, 2012

Obama lebih suka Anwar dari Najib (GAMBAR)



Bekas pemimpin PKR, Dr Chandra Muzaffar berkata Amerika Syarikat kini lebih cenderung menyokong ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Chandra berkata, keadaan itu berlaku walaupun Najib telah berusaha memperbaiki imej Malaysia di kaca mata AS, malah turut menggunakan khidmat firma perhubungan awam Apco untuk tujuan itu.

"Hubungan peribadi Najib dengan Presiden AS, Barack Obama sepatutnya 'cemerlang', tapi amat sukar difahami apabila kuasa yang membentuk sikap Washington terhadap politik Malaysia dan pemimpin politiknya mungkin lebih menyukai Anwar berbanding Najib atas beberapa sebab," tulisan itu dipetik.

Dalam tulisannya di Malaysiakini hari ini, Chandra berkata salah satu sebab utama ialah "hubungan intim" Anwar dengan jaringan pelobi berpengaruh yang disifatkannya sebagai "deep state" dalam sistem negara AS.

Sedangkan, Najib mungkin hanya mempunyai hubungan secara formal dengan pemimpin dan negara itu, kata Chandra lagi dalam tulisan yang turut mempersoal tumpuan AS dalam "perubahan rejim."

Persoalan itu ditimbulkan dalam satu tulisan blog bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bimbang sekiranya Malaysia turut menjadi sasaran "perubahan rejim" AS, tulisnya.

Chandra juga menyebut, Calon AS untuk mengetuai rejim baru yang menyokong dasar AS itu tidak lain daripada Anwar.
Chandra turut mengaitkan Anwar dengan bekas timbalan setiausaha pertahanan AS, Paul Wolfowitz dan juga jawatan Anwar di Foundation for the Future – pertubuhan yang didakwa ditubuhkan untuk mengukuhkan hegemoni AS-Israel di rantau Asia Barat dan Afrika Utara.

Turut dikaitkannya ialah hubungan Anwar dengan bekas naib presiden negara itu, Al Gore yang antara lainnya turut menulis bersama Wolfowitz di akhbar The Washington Post untuk menuntut supaya kerajaan Malaysia bertindak dengan "cerdik" dalam kes Liwat II yang dihadapi Anwar.

No comments:

Post a Comment