Sunday, February 12, 2012

Jejaka Baru Bersama Farah Asyikin?


KL, 13 FEB 2012: Sebelum Murai Batu bercerita lebih lanjut berkenaan tajuk di atas, Murai Batu ingin ucapkan tahniah kepada penyanyi Farhan yang telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, petang semalam.

Daripada apa yang Murai Batu dengar dari Detektif Stailista yang telah hadir ke majlis berkenaan, ada beberapa orang selebriti turut hadir ke majlis berkenaan.

Salah seorang daripadanya iaitu penyanyi Farah Ashikin yang khabarnya telah hadir bersama seorang jejaka manis.

Amboi Farah, adakah dia jejaka istimewa?

Setahu Murai Batu, inilah pertama kali Farah Asyikin tampil di hadapan orang ramai termasuk pihak media bersama-sama jejaka berkenaan.

Daripada apa yang Murai Batu dapat tahu juga, terlihat kemesraan antara mereka berdua kerana masing-masing tidak mahu berenggang sepanjang berada pada majlis berkenaan.

Malah, Farah Asyikin tidak segan silu berjalan bergandingan jejaka berkenaan dan mereka kelihatan saling berbisik antara satu sama lain pada sesuatu ketika.

Lebih membuatkan Murai Batu yakin bahawa lelaki berkenaan cukup istimewa di hati Farah Ashikin apabila dia sanggup memegang tas tangan penyanyi berkenaan ketika diperlukan.

Wah! Memang cukup mesra. Inilah uyang dinamakan cinta sedang berputik. Kalau tidak manakan bisa mereka kelihatan cukup mesra sekali.

Rasanya, dalam mana- mana perhubungan yang sedang berputik pastinya tidak akan lari daripada beberapa tindakan sedemikian.

Malah daripada apa yang Murai Batu dapat tahu, dapat dilihat cahaya pada wajah dan mata kedua-dua merpati dua sejoli berkenaan.

Tambahan pula, apabila diminta jurufoto portal murai.com.my untuk merakamkan gambar mereka berdua, mereka berdua malu-malu kucing terutama jejaka berkenaan yang secara tidak langsung menjauhkan diri daripada Farah Asyikin daripada wajahnya dirakamkan.

Nasib baiklah jurufoto Murai.com.my cekap menjalankan tugasnya kerana telah berjaya meramkan foto jejaka berkenaan untuk tatapan pembaca semua.

No comments:

Post a Comment