Sunday, February 12, 2012

Cinta Baru Nabila Huda


KUALA LUMPUR, 13 FEBRUARI 2012: Namanya memang tidak pernah lekang dari sebarang kontroversi. Namun rezeki sentiasa berada di sisi anak kepada lagenda rock tanah air, Amy Search ini.

Majoriti daripada laporan media selalunya menjerumus kepada cerita negatif kepada pemilik nama Nabila Huda Suhaimi.

Terbaru, Nabila Huda dikaitkan pula dengan kisah cinta lokasi apabila dia dilihat sering bersama dengan pendatang baru dunia lakonan, Johan Arrif Asa'ari. Jika dilihat dari kemesraan mereka, memang terdetik sememangnya ada sesuatu antara Nabila dan jejaka yang muda dua tahun daripadanya itu.

Jelas Nabila, 28, dalam kenyataannya di akhbar Harian Metro hujung minggu lalu, kisah cinta lokasi itu timbul apabila keakrabannya dengan gandingannya dalam drama Pelangi Kasih, telah disalah ertikan oleh pihak yang melihat kemesraan mereka berdua.

Luah Nabila, semuanya bermula dengan percubaannya membantu Johan memecahkan tembok malu dan tidak selesa apabila diminta melakonkan babak romantik. Usahanya menjadi apabila Johan berjaya memenuhi kehendak skrip dan pengarah.

"Kami telah mula kenal sebelum Pelangi Kasih lagi. Johan ini orangnya pendiam, merendah diri dan pemalu tetapi sangat menghormati pelakon senior. Faktor itu menyebabkan kadangkala dia segan apabila diminta bergandingan dengan pelakon lain.

"Untuk menghilangkan rasa gugup ketika menjayakan babak romantik dalam Pelangi Kasih, saya mengajaknya berbual dan berkongsi beberapa tips. Tak sangka kami boleh jadi kawan baik. Sudah lama saya tidak ada kawan rapat lelaki. Saya selesa berkongsi apa saja cerita dengannya.

"Dia pun ikhlas dalam persahabatan. Walau orang cakap macam-macam pasal saya, dia tidak kisah dan boleh terima saya seadanya. Jika tidak terikat dengan penggambaran, kami akan lepak dan andai sibuk, kami akan berhubung melalui telefon.

"Sebagai kawan karib, saya turut bertindak sebagai penasihat imejnya. Jika ada penggambaran atau sesi fotografi, dia akan tanya saya apa yang perlu dipakai," jelas Nabila dalam kenyataannya .

Nabila Huda yang kini hidup sendiri selepas bercerai dengan Zaidy Zailani menjelaskan, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati dan perasaan.

Apatah lagi mereka masih dalam proses mengenali. Katanya, andai benar ada cinta satu hari nanti biarlah ia hadir tanpa dipaksa. Andai itu takdirnya, Nabila tidak menolak tetapi buat masa ini mereka hanya bersahabat baik.

No comments:

Post a Comment