Sunday, February 12, 2012

Isu cerai: Jimmy minta balik mas kahwin RM31,186


JOYAH paling seram kalau dengar berita cerai. Tangan mulus Joyah boleh berpeluh tau, takut sangat! Lagi-lagi kalau cerita perceraian artis, boleh bikin bulu roma Joyah meremang tau, termasuk kes pengacara yang dah jadi pelakon, Jimmy Shanley dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy (Suhaila).

Ada sumber terdekat beritahu Joyah yang Jimmy dah kasi syarat tebus talak kepada Suhaila melalui peguamnya. Dalam surat tersebut, Jimmy minta Suhaila bayar semula mas kahwin sebanyak RM31,186 yang pernah diberikan ketika menikah dulu.

Satu lagi, Jimmy nak Suhaila bagi hak penjagaan sepenuhnya anak mereka, Zahrah Shanley.

Dengar khabarnya, pihak Suhaila yang juga pemilik rangkaian produk kecantikan jenama Natasya itu tak ada masalah nak penuhi permintaan pertama Jimmy. Langsung tak keberatan nak bayar semula duit mas kahwin yang setakat celah gigi!

Tapi permintaan kedua Jimmy memang tak dapatlah beb! Bab anak memang sensitif tau sebab emak mana yang rela berpisah dengan darah daging sendiri. Tahap risau berlipat kali ganda datang bila anak yang dikandung sembilan bulan tu tak ada di depan mata.

Nak jenguk anak sakit masuk hospital tiga hari baru-baru ini pun susah. Hai, macam manalah nak jaga keperluan anak yang lain-lain. Jimmy dikatakan langsung tak tanya khabar kesihatan Zahrah pun.

Hah, bertambah kacau bilau hati ibu dengan perbuatan sang bapa. Lagilah berat hati nak serahkan hak penjagaan anak. Memang berat!

Joyah yang bujang ni tak nak komen panjang-panjang tentang syarat cerai Jimmy. Takut berjangkit tapi Joyah tahu mesti Jimmy ada alasan terbaik kenapa tak lawat Zahrah di hospital.

Semoga Jimmy dan Suhaila temui jalan penyelesaian terbaik demi Zahrah. Mungkin sekarang anak kecil itu tak tahu apa-apa, tapi bila dia dah boleh bercakap atau berfikir, banyak kesan tak baik. Renungkanlah Jimmy!

No comments:

Post a Comment