Selepas dikecam teruk sebelum ini di mana filem arahannya, Hantu Bonceng dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW, pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri kali ini dituduh pula menghina agama Islam menerusi drama siri terbarunya, ‘Apa Celop’.
“Saya tak faham mana yang kononnya mengatakan saya menghina Islam. Salahkah saya nak menerapkan kalimah-kalimah suci Allah yang semakin pupus di kalangan generasi muda sekarang. Saya kesal dan sedih apabila mereka menuduh saya begitu,” ujar Idham ketika ditemui baru-baru ini.
“Lembaga Penapisan Filem (LPF) sendiri dah tengok semua, jadi tak ada masalah pun. Bagi saya, mereka yang cakap begini cuba untuk mencetekkan minda penonton. Bila golongan Mat Rempit dalam drama ini ucap kalimah Allah seperti Subhanallah dan Astagfirullahalazim, orang di luar sana anggap ia mempersendakan Islam. Saya memang tak faham dengan persepsi manusia sebegini.
“Bagi saya, ucapan kalimah Allah macam ini sudah semakin pupus. Orang sekarang banyak cakap ‘Oh My God’, ‘Oh Sh*t’ dan sebagainya. Jadi, sebab itulah saya cuba untuk terapkan nilai-nilai agama ini kepada masyarakat terutamanya generasi muda kita. Saya harap mereka tidak menuduh saya dengan sewenang-wenangnya.”
‘Apa Celop’ mula disiarkan di slot Aksi TV3 pada Isnin lalu jam 9.00malam. Drama 13 episod ini dibintangi oleh Kamal Adli, Taiyudin Bakar, Wan Sharmila, Amanda Misbun dan ramai lagi.
No comments:
Post a Comment