Hendak tahu apa pendapat Sam tentang Adnan Sempit 2? Penjelasan Sam ini mungkin memeranjatkan kerana jejaka idaman ramai ini berterus-terang dia tidak terhibur dengan lakonannya.
Mengulas tentang tahap keyakinannya terhadap filem ini pula, Sam memberitahu sejujurnya dia tidak dapat meneka atau menjangka penerimaan penonton terhadap filem arahan Ismail Bob Hasim itu.
“Sama ada filem ini boleh ulang kejayaan seperti mana Adnan Sempit dahulu atau tidak, saya tidak boleh menjangkakan. Selera penonton sekarang ini memang sukar diramal. Kali ini sentuhan Adnan Sempit memang berbeza kerana ia tidak lagi diarahkan oleh Ahmad Idham. Sebaliknya, ia diambil alih oleh Bob.
Bagi saya setiap pengarah ada kekuatan tersendiri. Pengarah kali ini cuba memberikan lebih banyak komedi berbanding filem terdahulu. Sebagai pelakon saya cuba berikan yang terbaik kerana saya bukannya seorang pelawak. Harap-harap penonton suka dan bagi sokongan kepada filem ini,” ujar Sam.
“Untuk tahun 2012 ini saya masih bersama MIG kerana selesa bersama mereka. Kontrak saya bersama mereka baru sahaja diperbaharui dan untuk kontrak baru ini tidak ada perubahan tidak ada sebarang perubahan dalam syarat dan terma. Saya masih boleh berlakon dengan produksi lain dan saya juga berhak memilih skrip yang dirasakan sesuai. Kalau boleh tahun ini saya mahu buat empat filem sahaja kerana tidak mahu penonton jemu dengan penampilan saya di pawagam. Buat masa ini Saya ada empat filem menunggu giliran ditayangkan iaitu 8 Jam, SAM, Ngongkrong dan Aku Ada Kawan,” ujar Sam mengakhiri perbualan. - gua.com.my
No comments:
Post a Comment