Wednesday, January 4, 2012

Yuna malu & akui kesilapan pakai legging (VIDEO | 4 GAMBAR)


Sudahkah anda menyaksikan muzik video ‘Someone Out Of Town’ yang dinyanyikan oleh Yuna. Kalau sudah, apa pendapat anda tentang penampilan Yuna? Pasti ada yang suka, pasti ada yang tidak bukan? Kalau tidak masakan boleh timbul dakwaan mengatakan ramai peminat tidak senang dengan penampilan Yuna yang memakai legging. Mereka kecewa kerana menganggap gadis ini tidak lagi menjaga kesopanan dalam berpakaian.

Mengulas tentang perkara ini, Yuna yang ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya petang tadi memberitahu dia sebenarnya kurang jelas dengan isu itu. Bagaimanapun, penyanyi ini mengatakan dia akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

“Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,” ujar Yuna meluahkan perasaan.

Menyentuh tentang persiapan ke Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL 26), Yuna tanpa berselindung mengakui masih banyak yang perlu diselesaikan untuk malam kemuncak itu.

“Setakat ini baru 20 peratus persiapan yang kita telah buat. Baru semalam (Selasa) saya dan ahli band jamming sama-sama. Masih banyak yang perlu dilakukan. Bagaimanapun, untuk lagu ‘Gadis Semasa’ kita sudah siapkan susunan muziknya dan saya pun sudah puas hati. Untuk ‘Penakut’, kami masih tengah usahakan untuk dapatkan yang terbaik. Tentang persembahan, saya tidak boleh beritahu sebab saya mahu ia menjadi kejutan. Tengoklah masa malam kemuncak nanti,” ujar Yuna.

Ditanya lagu yang mana diharapkan menjadi pemenang, Yuna memberitahu dia tidak mahu fokus kepada sebuah lagu sahaja. Sebaliknya mahu memberi penekanan kepada kedua-dua lagu. Ini kerana dia berpendapat AJL sukar diramal memandangkan ia bergantung kepada  ekspektasi juri yang berbeza pada setiap tahun.

“Kalau ada rezeki, pasti salah satu lagu saya akan menang pada malam itu. Kalau tidak berjaya pun tidak mengapa. Saya suka menyertai AJL ini kerana ia satu acara muzik yang cukup menghiburkan dan memberi peluang kepada saya untuk bergaul dengan artis-artis yang lain. Selain itu, saya juga boleh belajar sesuatu daripada orang-orang lama dalam industri,” ujar Yuna lagi.






No comments:

Post a Comment