Wednesday, January 4, 2012

Ibu persoal Aril AF7 masih membujang (GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 4 JANUARI 2012: Naib juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Khairil Azam Pilus atau Aril AF7 akui ibunya telah menyatakan hasrat untuk melihatnya mengakhiri zaman bujang dengan segera.

Namun, Aril AF7 memberitahu dia terpaksa menangguhkan dahulu permintaan atau hasrat ibunya itu dengan alasan mahu mencapai beberapa impian yang masih belum dikecapinya.

"Saya terperanjat juga apabila ibu menyatakan hasrat untuk melihat saya berumahtangga pada usia saya yang kini sudah mencecah 27 tahun.Memanglah bagi sesetengah orang usia 27 tahun seperti saya ini sudah patut mendirikan rumah tangga. Tapi bukan bagi saya.

"Bagi saya apa yang paling penting ialah menunaikan tanggungjawab saya sebagai anak dan saya rasa masih belum tertunai sepenuhnya tanggungjawab tersebut.

"Impian saya mahu melihat mereka senang dan bahagia dengan kemewahan dan kesenangan yang saya berikan. Kalau mereka benar-benar senang , baru saya boleh fikir tanggungjawab untuk menjadi suami pula," katanya kepada murai.com.my

Tambah Aril AF7 lagi, kini fokusnya tertumpu pada kerjayanya iaitusebagai penyanyi dan pengacara.

"Saya belum fikir soal kahwin kerana apa yang saya fikirkan sekarang adalah kerjaya saya sebagai penyanyi serta pengacara.

"Saya mahu berjaya dalam kedua-dua bidang ini dengan cemerlang. Alhamdulilah perjalanan saya sebagai anak seni berjalan dengan baik setakat ini.

"Saya kini dalam promosi single terbaru saya berjudul Anugerah Terindah. Selain itu, insya Allah, pihak Astro juga merancang menjadikan saya hos kepada sebuah rancangan hiburan yang berkonsepkan Trek Selebriti," jelas bekas pengacara Trek Selebriti ini lagi.

Aril yang aktif bergerak menjayakan Gempak Selebriti Astro dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah single kolaborasi bersama rapper, Ultimet pada tahun 2012 ini

No comments:

Post a Comment