Wednesday, December 28, 2011

Konspirasi Terbaik 2011 Oleh Papagomo (VIDEO | 2 GAMBAR)



Hari ini tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya dalam membuka lembaran baru 2012 esok hari. Sepanjang tahun ini Gomo telah mengeluarkan beratus artikel untuk tatapan pembaca dan hari ini Gomo nak maklumkan pada semua tahap kepuasan Gomo dalam berblogg sepanjang tahun ini.


Ada 3 isu utama yang mana sewaktu Gomo hasilkannya ianya memberikan kepuasan maksimum yang tidak terhingga yang membolehkan Gomo berbangga dan mendabik dada atas usaha yang Gomo lakukan dalam menyedarkan rakyat Malaysia akan kejahatan Bathil Pakatan PAS, DAP, PKR.

Untuk itu pada pagi ini artikel yang menjadi pilihan Papa Gomo dikedudukan ketiga :

Ekslusif Part 1 - Pendedahan Konspirasi Terancang PAS Dalam Meraih Undi

Masih ingatkan anda dengan Kes Kepala Babi dalam sebuah surau di IPTA pada Bulan April tahun 2009 sewaktu musim pemilihan Kampus? Jika tidak ingat maka Gomo berikan sedikit kenyataan berhubung isu tersebut.


Konspirasi Terancang PAS
Kepala Babi Dalam Masjid APIUM

"Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut. Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh. Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam. “Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam)."


Petikan Dari Blogg Pro Mahasiswa UM

Bila tersebarnya cerita Kepala Babi atas bendera PAS ini pada waktu berlangsungnya Pilihanraya kampus maka Undi Simpati datang mencurah curah kepada Pro Mahasiswa yang kita tahu ditaja oleh parti pembangkang terutama PAS.

Dan untuk makluman anda pada tahun 2009 itu Pro Mahasiswa menang besar di Universiti Malaya dan dibawah ini Gomo ambil petikan nya:

"Pro-Mahasiswa yang menguasai lapan kerusi umum dari sembilan kerusi yang dipertandingkan sekaligus melayakkan mereka menguasai kepimpinan majlis tertinggi MPMUM bagi sesi kali ini. Pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa, Norazali Zainudin berkata kemenangan tersebut adalah di luar jangkaan kerana pada kali terakhir kumpulan pro Mahasiswa menang adalah pada tahun 2004."  Sumber Harakahdaily




Perhatikan video diatas ini apabila isu Babi di kampus UM dinyatakan dalam meraikan kemenangan Pro Mahasiswa di UM. Dengar juga ulasan seorang pelajar Pro Mahasiswa yang menafikan menggunakan politik kotor dalam meraih kemenangan.


Apa yang Gomo nak sampaikan disini adalah faktor yang memberikan kemenangan besar buat Pro Mahasiswa di UM dan juga kampus kampus yang lain ekoran dari Kepala Babi yang dialas bendera PAS didalam Surau UM.Kepala Babi satu hal yang sensitif buat umat Islam dan ditambah pula letaknya kepala babi itu adalah beralaskan bendera PAS yang memberikan simpati kepada Pro Mahasiswa yang dibiayai oleh Parti PAS. Tu Fakta dan Realiti dalam isu kemenangan Pro Mahasiswa di UM pada tahun 2009.

No comments:

Post a Comment