Wednesday, December 28, 2011

Rumahtangga Erra Fazira keruh, dudanya Yusri bahagia


Disaat sebelah pihak yang satu lagi semakin bahagia sambil menghitung-hitung hari melangkah ke tahun baru sebagai ‘orang’ baru, dipihak aktres jelita, Erra Fazira pula, kisah krisis rumahtangganya kembali diperkatakan sejak bulan lalu.

Meskipun Erra sudah memberi kenyataan bahawa rumahtangganya bahagia dan percaya gosip yang timbul ini adalah ciptaan individu yang tidak menyukainya, namun kisah kemelut rumahtangganya tetap diperkatakan.

Mengukuhkan lagi sesetengah dakwaan ramai mengenai krisis rumahtangga pasangan ini apabila kelibat suami Erra, Engku Imran yang seakan sudah tidak kelihatan menemani Erra berbanding sebelum ini yang sering mengikut Erra ke mana-mana acara.

“Dia bukan jenis orang yang suka ikut dan saya pula jenis yang tidak suka paksa. Ada orang selesa untuk bawa suami ke mana-mana, tapi tidak semestinya saya tidak membawa suami, hubungan kami bermasalah,” ujar Erra ketika ditemui selepas konsert akhir Vokal Bukan Sekadar Rupa yang dipetik dari laman Murai.

Tambah Erra lagi, dia tidak mahu ambil kisah sangat apa kata orang, terpulang kepada interpretasi masing-masing kerana menurutnya, dia tidak mampu memuaskan hati semua orang.

“Azam saya untuk tahun 2012 ini ialah ingin mengenepikan kisah peribadi dan memberikan tumpuan kepada kerja dan apa yang ada di depan saya. Saya juga berazam untuk kembali semula dalam bidang nyanyian. Sudah setahun lebih saya tak ambil mana-mana program nyanyian kerana sibuk dengan lakonan.

“Bagi menunaikan janji semua, saya akan kembali dalam bidang nyanyian. InsyaAllah pada bulan Januari nanti saua sudah mula dengan aktiviti  mahupun persembahan nyanyian,” ujar duta baru produk kecantikan, Estee Lauder ini lagi.

Kisah mengenai pergolakan rumahtangga Erra dan Engku Imran telah mula diperkatakan sejak awal tahun ini selepas beberapa dakwaan yang mengatakan Engku Imran telah menjalinkan hubungan dengan rakan sekerjanya.

No comments:

Post a Comment