Thursday, December 15, 2011

Gelagat Permata Hati Aishah Sinclair (5 GAMBAR)


KUALA LUMPUR, 14 DISEMBER 2011: Lihatlah tiga ragam gaya permata hati kepada pelakon dan personaliti TV popular Aishah Sinclair dan suaminya Sheikh Abdul Shanaz.

Sudah berusia setahun empat bulan, cahaya mata yang diberi nama Soraya Ann ini sudah pandai bergaya hebat.

Pantang saja nampak kamera di tujukan kepadanya, susuk comel ini tak mahu melepaskan peluang berposing sakan.

Aishah Sinclair ketika dihubungi portal murai.com.my berkata, foto Soraya berbaju kurung itu diambil ketika mereka menghadiri majlis kenduri doa selamat sempena hari ulang tahun seorang kenalan di ibu negara baru-baru ini.

Manakala foto yang menyaksikan Soraya mandi di dalam baldi itu pula, dirakamkan ketika dia memandikan pengarang jantungnya itu di bilik air di kediaman ibunya.

Malah Aishah Sinclair juga agak terkejut dengan kualiti satu lagi foto yang dirakamkannya ketika Soraya baru saja bangun dari tidur sekali gus menjadikan foto berkenaan antara kegemarannya untuk dikongsikan bersama-sama pembaca portal murai.com.my

"Itulah ragam anak saya sorang ini. Bukan saja suka bergambar, malah Soraya sudah pandai menyanyi, menari dan bercakap. Kalau tak silap saya sudah lebih 14 patah perkataan yang dia sebut setakat ini.

"Dialah buah hati kesayangan saya. Saya selalu rindukannya ketika berada di luar. Kadang-kadang saya dapat membaunya dan kerana itu jugalah membuatkan saya ingin pulang ke rumah dengan cepat," kata hos rancangan Breakfast Show di saluran NTV7 itu.

Jelas Aishah Sinclair, dia masih menyusu badan untuk Soraya kerana dengan cara itu dia dapat bagun segar di pagi hari.

Katanya, selain sangat intim dengan dirinya, Soraya juga sangat rapat dengan bapanya. Malah anak kecil itu cukup sensitif apabila mendengar pintu depan rumah dibuka yang menyangka bapanya sudah pulang dari kerja.

"Suami saya sering bekerja ke luar negara, jadi sayalah insan yang selalu memerhatikan Soraya. Tapi pantang bagi Soraya bila mendengar pintu depan rumah dibuka dan dia akan memanggil papa kerana menyangka bapanya sudah pulang," katanya.