Thursday, December 15, 2011

Filem "Bujang Terlajak Belum Terlanjur" Hina Golongan OKU! (5 GAMBAR)


“Filem ini bukanlah bertujuan untuk mempersendakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), sebaliknya mahu menunjukan semangat ketiga-tiga mereka untuk merebut seorang wanita,” ujar pengarah filem ‘Bujang Terlajak Belum Terlanjur’, Prof. Madya A. Razak Mohaideen berhubung watak OKU yang ditampilkan di dalam filem terbarunya.

Memetik kenyatannya menerusi laman mStar, watak ketiga-tiga lelaki yang menyamar sebagai buta, pekak dan bisu yang ditampilkan dalam filem itu dirasakan tidak akan menyinggung perasaan  penonton kerana intipati ceritanya adalah menunjukkan kesanggupan manusia melakukan sesuatu untuk memiliki seseorang.

“Saya memilih tema sebegini kerana subjek menyelami perasaan golongan OKU ini seakan jarang diketengahkan. Watak ibu Puteri (Susan Manen) misalnya yang memberi harapan kepada suaminya iaitu seorang yang buta (lakonan Mustapha Kamal) yang seterusnya mendorong Puteri (Fazura) menyukai dan ingin mengahwini lelaki OKU,” jelasnya lagi.