Tuesday, December 13, 2011

Comelnya anak Ayu OIAM (3 GAMBAR)

Comel anak kedua Ayu, mirip bunya
Penyanyi Ayu Damit pernah cakap kat media yang dia tak mahu memperkenalkan suami dan anak-anaknya. Baginya itu perkara peribadi. Malah suaminya juga tiada masalah dengan pendiriannya itu.

Tapi Ayu, 21,  dan suami, Syed Fauzi Syed Badaruddin, 24, ada memuatkan gambar anak-anak mereka dalam laman sosial. Inilah wajah suami Ayu dan anak-anaknya. Ayu dah ada dua anak.

Yang besar namanya Syed Nashrul Haikal. Agaknya dah nak masuk dua tahun umurnya. Si kecil, Syarifah Alya Adriana lahir Julai lalu. Makin bahagia nampaknya Ayu dan suami. Baguslah. Walaupun pernikahan mereka yang dibuat secara sembunyi pernah menggemparkan, namun tiada sebab untuk mereka tidak bahagia.

Lihatlah kemesraan Ayu dan suaminya. Agaknya ramai peminat yang belum menatap wajah suami Ayu. Bukan sahaja tak muncul dalam majlis bersama-sama Ayu, malah dia juga tak pernah diperkenalkan secara rasmi. Itu pendirian Ayu.

Che Lee harap Ayu jangan marah ya bila gambar-gambar daripada laman sosial dimuatkan dalam Mangga Online ni. Kalau dan ada di dalam laman sosial tu, apa salahnya kalau Mangga Online pinjam sama.

Ayu bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Badaruddin

Anak pertama Ayu