Wednesday, December 21, 2011

"Biar Mimpi Sampai Ke Bintang" kisah anak penjual ayam (VIDEO | 5 GAMBAR)


Biar Mimpi Sampai Ke Bintang mengisahkan Alya, seorang gadis yang menghabiskan masanya membantu ibunya, Peah (lakonan Sharifah Shahora) menjual ayam di pasar borong.

Sementara itu, Andy (Randy) pula adalah seorang remaja yang berasal dari Indonesia, anak jutawan Hardiyanto Sasputra. Kehidupan Andy dirasakan terlalu bosan dengan kehadiran ibu tirinya bernama Jenny, dan dikelilingi rakan-rakan yang hanya berkawan dengannya kerana dia anak jutawan.

Andy sering menghilangkan kebosanannya dengan melawat Mak Yam (Didie Alias), bekas orang gajinya yang telah berhenti kerja.

Kehidupan Alya dan Andy mula berwarna apabila masing-masing menyorok identiti mereka dalam laman sosial Facebook di mana Alya menyamar sebagai orang kaya, manakala Andy menyamar sebagai orang miskin.

Pertemuan kali pertama mereka benar-benar menjadikan pertemuan itu sebagai jatuh cinta pandangan pertama. Bermula saat itu, berbagai-bagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka. Mereka semakin rapat dan akhirnya tidak mampu menafikan yang masing-masing benar-benar serasi antara satu sama lain.

Turut menjayakan Mimpi Sampai Ke Bintang ialah adik lelaki Elfira iaitu Ezzrin Loy.

Telefilem yang menggandingkan Randy Pangalila dan Elfira Loy sebagai watak utama merupakan telefilem dua negara yang menampilkan bintang muda yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang. Randy Pangalila yang berjaya mencipta nama melalui beberapa siri tv Indonesia yang disiarkan di Astro Prima menjadi pilihan pengarah telefilem ini iaitu Michael Ang yang sebelum ini mengarahkan telefilem Ungunya Cinta untuk digandingkan dengan Elfira Loy yang baru menerima Anugerah Skrin 2011 sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama)

Sinopsis telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang mengisahkan Randy memegang watak sebagai Andy, jejaka dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari cintanya, Alya (Elfira). Mereka berkenalan menerusi laman Facebook. Turut berlakon ialah Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora

Sedikit info mengenai dua anak muda yang semakin popular ini

Elfira Loy

NAMA PENUH: Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri
UMUR: 17 tahun
TARIKH LAHIR: 8 Mac 1994
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
DARAH CAMPURAN: Melayu, Cina dan Arab
KOMERSIAL TV: Institut Jantung Negara (IJN), Honda Icon, Mee Sedap dan Chikades

Randy Pangalila

NAMA PENUH: Randy Dionysius Pangalila
UMUR: 20 tahun
TARIKH LAHIR: 19 Oktober 1990
DRAMA: Alisha, Gue Banget, Cinta Kirana, Cinta Melody, Nada Cinta, I Love You, Cinta Fitri, Cinta Piano
FILEM: Oh Baby, Kutukan Suster Ngesot, Saya Cinta, Bajingan, Pasangan Romantis, Tiga Cinta.

Saksikan preview ataupun trailer telefilem yang bakal disiarkan di Astro Ria pada 22 December 2011 , Jam 9 malam