Wednesday, December 21, 2011

Shindong Super Junior Comel Jadi Santa Claus Wanita!


Kepada peminat-peminat lelaki kumpulan Super Junior diluar sana, anda sudah boleh menukar fikiran anda sekarang!

Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter rasmi milik Shindong dengan gambar dia memakai baju Santa Claus wanita. Gambar yang disebarkan sempena Hari Krismas yang akan menjelang tidak lama lagi itu telah membuatkan ramai orang terpegun dengan perubahan Shindong selepas dimekapkan.

Shindong di laman Twitternya berkata, “Don’t be fooled. Do not be fooled by the photoshop. This is my lady series in addition to the six-pack series. It’s hard to judge anything by a picture anymore. Oh by the way, tomorrow is the opening for Multi Castle. Please come by. Merry Christmas.”

Foto yang dikongsi oleh Shindong menunjukkan gambar Shindong yang di-photoshop-kan menjadi seorang wanita yang berambut panjang dan kelihatan kurus dan cantik. Gambar sebenar pula adalah gambar sebelah kiri yang belum di-photoshop-kan.

Apa-apa pun, jangan terlalu mudah percaya dengan foto-foto kontroversi yang selalu tersebar di internet.