Wednesday, December 21, 2011

Anda tahu bahawa menambah ketinggian badan boleh terjadi? (2 GAMBAR)

Anda tahu bahawa anda boleh menambah tinggi anda walaupun lepas usia 25tahun untuk lelaki dan 20tahun untuk perempuan. Bagaimana ketinggian boleh ditingkatkan? Anda bosan bila terasa rendah disamping rakan anda? Atau payah untuk mengambil barang di pasaraya? Perlukan bantuan orang untuk mengambil barang untuk anda? Semua tu boleh diatasi secara semulajadi, anda perlu tahu bahawa tulang anda sentiasa bergerak mengikut rentak anda. Jika keperluan untuk tulang adalah kurang pasti anda akan semakin rendah.

Untuk mengatasi atau menambah tinggi badan anda ialah dengan mengatur diet makanan anda. Kenapa diet makanan? Sebab makananlah punca segala keperluan penting yang diserap oleh badan kita dan paling penting tulang kita. Setiap program anda jalani tak kira berkait dengan menguruskan atau menambah berat atau penjagaan kulit atau tambah tinggi badan, itu semua berkait dengan makanan kita. Diet pemakanan kita.

Keperluan makanan utama bagi menambahkan tinggi anda ialah kalsium. Anda perlu mengambil sebanyak mungkin kalsium yang sesuai untuk tumbesaran anda. Biasanya kalsium ditemui dalam susu. Nak tak nak anda perlu minum susu untuk mendapatkan kalsium. Dalam kajian susu Anlene, ada menyebut tulang kita sentiasa hidup. Ini bermakna ketinggian jugak ada berkait rapat dengan kalsium. Nak tambah tinggi badan anda minum susu. Susu mesti diminum berdasarkan syor yang sesuai dengan kita. Susu yang sesuai untuk tambah tinggi anda ialah susu dewasa seperti dibawah :

Selain itu, bagi mereka yang kurang berminat dengan susu boleh mencari alternatif lain yang boleh menambahkan kalsium dalam tulang anda. Seperti susu kacang soya, tauhu atau makanan berasas soya. Protein  dan asid amino juga penting dalam menambah ketinggian badan anda, jadi soya boleh menjadi makanan utama protein selain ayam, daging dan ikan. 

Tambahan untuk menambah tinggi anda ialah, kalori dalam badan anda. Kalori penting untuk menyihatkan anda. Untuk menggerakkan badan dan tulang anda. Kalau kalsium banyak tapi tak bertenaga tak sesuai jugak untuk tambah tinggi anda!

Jadi anda tidak perlu takut untuk menambah tinggi anda walaupun sudah lewat usianya. Yang penting rancang pemakanan anda, jadual diet anda supaya mempunyai kalsium, protein, asid amino dan kalori. Anda boleh tinggi.