Tuesday, December 20, 2011

Betul Ke Nubhan Mula Pilih Bulu?


Sejak habis Akademi Fantasia 6 (AF6) populariti pemenang tempat ketiga, Nubhan semakin menjadi-jadi. Sana-sini cerita Nubhan terpampang termasuk menjadi penghias muka depan majalah.

Bukan itu saja, sempena lebaran tahun ini, Nubhan turut mendapat tempat untuk bermacam program hari raya. Pihak Astro sendiri turut menerbitkan drama istimewa tentang dirinya.

Pun begitu, cerita yang tidak sedap dengar adalah Nubhan semakin demand bersikap pilih bulu. Ada pula pihak mengatakan Nubhan dikongkong dan dipaksa menerima undangan show tertentu walaupun masih belum pulih dari sakit belakangnya.

Selain itu, gara-gara drama raya Ada Cinta Di Hari Raya, gosip Nubhan tersebar mengatakan dia bercinta sakan dengan juara AF6, Stacy. Apa respon Nubhan terhadap semua isu ini? Adakah ia untuk tujuan publisiti?