Tuesday, December 20, 2011

Noh & Nina Dalam Filem Terbaru Namewee, Hantu Gangster (GAMBAR)


Ugutan mahu memboikot filem terbitannya oleh segelintir pihak sedikit pun tidak menggetarkan hati penyanyi dan pelakon, Namewee.

Malah, daripada apa yang Murai Batu dapat tahu, natijah daripada caranya memekakan telinga dengan ugutan itu telah menyebabkan filem pertama arahan dan lakonannya berjudul Nasi Lemak 2.0 telah mendapat hasil kutipan sehingga berjumlah RM7juta.

Mungkin juga kejayaan Nasi Lemak 2.0 dek kerana resepi yang digunakan Namewee berhasil yang mana dia pandai menggunakan nama pelakon besar seperti Afdlin Shauki, Adibah Noor, Karen Kong dan ramai lagi.

Oleh kerana itu, kesemua pelakon filem berkenaan telah pun diberikan bonus yang lumayan.

Hasil kejayaan itu, pelakon filem Petaling Street Warrior yang sedang rancak ditayangkan di pawagam pernah berkata akan mengarahkan dan menerbitkan sebuah lagi filem bersama teman baiknya iaitu Fred Chong.

Murai Batu diberitahu, sekarang ini dua rakan akrab itu sedang rancak membuat perancangan untuk filem terbaru tersebut.

Walaupun Murai Batu masih belum tahu jalan cerita dan tajuk filem itu, mereka berdua sedang mengintai nama besar tempatan terutama sekali pelakon Melayu untuk berlakon dalam filem berkenaan. Menurut sumber, Namewee sedang mengintai tiga pelakon wanita Melayu yang mempunyai wajah seiras untuk berlakon filemnya itu.

Dalam pada itu, Murai Batu diberitahu lagi, Namewee baru saja berjaya memujuk dengan mengambil vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh untuk menjadi hero filem berkenaan.

Sungguhpun sebelum ini Noh belum pernah menjadi hero mana-mana filem tempatan, tetapi Noh dikatakan sudah pun bersetuju untuk mengembangkan lagi bakat dalam bidang lakonan untuk berlakon filem arahan Namewee.

Sementara itu, Murai Batu terfikir adakah Namewee tidak akan menggunakan khidmat pelakon-pelakon yang pernah menjayakan filem Nasi Lemak 2.0 lagi?

Apa sekalipun, Murai Batu ingin tahu juga apakah perancangan baru Namewee. Jika dulu Namewee sibuk memperjuangkan filem bertemakan 1Malaysia dengan menggunakan makanan sebagai tarikan, adakah kali ini dia masih mengekalkan tema berkenaan?

Tolong jawab Namewee...tapi janganlah tunjuk perasaan kat laman youtube pula ya.

MURAI BATU: Tak teringinkah Mizz Nina nak berlakon bersama Noh?