Majlis Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung penuh gilang gemilang di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi, turut menyaksikan album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid dinobat Album Terbaik untuk sepanjang tahun.
Anugerah Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu, seperti yang dijangka berpihak kepada Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih.
Manakala Yuna sekali lagi naik ke pentas, untuk vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Penakut.
Tahniah MD ucapkan kepada pemenang. Semoga kalian terus menghasilkan karya-karya kreatif dan mencetus fenomena dalam industri muzik tempatan.
Berikut senarai penuh pemenang AIM18. Nantikan laporan menarik lain sepanjang berlansungnya majlis anugerah Grammy Malaysia ni, sebentar nanti.
Album Terbaik - The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid
Lagu Terbaik - Penakut (Yuna)
Artis Baru Terbaik - Najwa
Lagu Pop Terbaik - Anuar Zain (Sedetik Lebih)
Lagu Nasyid Terbaik- Pedoman (Nora feat. V.O.U)
Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati (Adibah Nor)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik - Got To Go (Najwa)
Lagu Rock Terbaik - Pelita (A.P.I)
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu - Beribu Sesalan (3 Suara)
Klip Video Terbaik - Susun Silang Kata (Aizat)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara - Menunggumu (Rossa)
Artis Celcom Terbaik- 6ixth Sense (dengan mencatat 1.8 juta muat turun lagu)
Anugerah Kembara - Yuna
Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Peng
Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Dalam Lagu-Anuar Zain (Sedetik Lebih)
Persembahan Vokal Wanita Terbaik Dalam Lagu-Yuna (Penakut)
Kulit Album Terbaik - Aizat
Rakaman Album Terbaik - Reza Salleh
Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu - Datuk Shiela Majid (Jeritan Batin Ku)
|
No comments:
Post a Comment