Monday, November 14, 2011

Isu Cium - ada orang aniaya Nabila (GAMBAR)


Pihak GUA cuba menghubungi pelakon dan pengacara, Nabila Huda beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan beliau mengenai penyebaran gambar panas yang membabitkan dirinya sekarang. Gambar kontroversi yang memaparkan aksi cium serta Nabila berbikini itu kini telah tersebar luas dan hangat diperkatakan di beberapa buah blog tempatan.


Ekoran penyebaran gambar tersebut, ramai pihak yang menghentam anak kepada Amy Search ini apatah lagi Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil ini baru saja bercerai baru-baru ini. GUA faham mungkin Abil tidak mahu menjawab panggilan dari media kerana masih terkejut mengenai penyebaran gambarnya itu.

GUA juga pasti, Abil mungkin mahukan privasi buat masa sekarang dan GUA percaya jauh sekali janda anak satu ini mahu melarikan diri dari masalah yang ditimbulkan oleh kesilapan diri sendirinya itu. Namun, setelah beberapa lama mendiamkan diri, Abil akhirnya tampil membuat pengakuan dalam program hiburan di TV9, Galaksi, pada Jumaat lalu.

“Saya minta maaf kepada semua pihak di atas penyebaran gambar yang tidak sepatutnya keluar itu. Saya sendiri rasa kesal sangat kerana gambar itu boleh keluar kat umum. Saya minta maaf mengenai perkara tersebut,” ujar Abil ketika dihubungi pihak Galaksi.

“Saya tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab orang dah tengok gambar itu dan orang dah tahu dah keadaan itu macam mana. Apa yang boleh saya buat, saya hanya boleh minta maaf kepada semua yang marah kepada saya mengenai gambar itu.

“Pada saya, apa yang terjadi itu mungkin saya boleh cakap yang ada orang telah menyalahgunakan gambar itu dan cuba menganiaya saya. Tapi tak apalah, cuma apa yang boleh saya minta ialah saya harap orang itu boleh minta maaf secara terbuka sebab saya rasa dia dah mengaibkan saya dan juga keluarga saya.

“Bagi saya, tak baik tabur pasir kat periuk nasi orang. Kepada peminat, saya sekali lagi minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut hingga hujung kaki saya. Saya tahu benda ini keterlaluan dan harap semua boleh ampunkan saya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment