Kebelakangan ini ramai betul selebriti yang mendirikan rumah tangga. Dari seorang ke seorang. Nampaknya Murai Batu jugalah yang terlopong sebab sampai sekarang tak ada si dia untuk mengisi kekosongan ini.
Tambahan pula, majlis itu akan dihiasi dengan ratusan kuntuman bunga mekar mewangi sebagai lambang kebahagian bersama si dia.
Amboi Nurul Wahab, tak teringin nak ajak Murai Batu? Teringin juga Murai Batu nak mengalami sendiri sebuah resepsi selebriti popular, apatah lagi apabila ianya di adakan di tepi pantai. Sungguh menusuk kalbu.
Tapi nanti dulu. Nikah pun tidak, berkasih pun tidak, dengan gerangan siapakah Nurul Wahab akan berkahwin?
Yalah, setahu Murai Batu penyanyi Kerana Terluka ini masih belum berpunya. Takkan Murai Batu ketinggalan keretapi? Ini tak boleh jadi.
Pernah juga Murai Batu terbaca dalam beberapa media tempatan mengenai hubungan Nurul Wahab dengan jejaka kacak. Tapi seingat Murai Batu belum ada lagi jejaka bersifat 'lelaki' yang berjaya menawan hati Nurul Wahab untuk membawanya ke alam perkahwinan.
Terbaru pula, Murai Batu telah mendengar perkhabaran bahawa anak Nurul Wahab iaitu Ayu Nazira, telah memanggil seorang lelaki dengan gelaran 'papa' maka tersebarlah cerita bahawa lelaki berkenaan adalah suami baru Nurul Wahab.
Memang bermacam ragam kehidupan manusia kala ini kan. Hanya dengan sebuah panggilan, maka bermacam-macam pula cerita yang kurang tepat timbul. Sabar sajalah Nurul Wahab, Oh! Nurul Wahab.
Berbalik kepada perkawinan di pulau, selidik punya selidik, rupa-rupanya Murai Batu dapat tahu itu hanyalah impian Nurul Wahab sekiranya suatu hari nanti dia mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
Murai Batu percaya, pasti ramai wanita yang tak teringin berumah tangga, walaupun buat kali kedua, ketiga atau keempat. Opss...mana ada keempat?
Murai Batu juga tahu, mana-mana perempuan pasti memiliki destinasi dan suasana impian masing-masaing. Maka begitu jugalah dengan Nurul Wahab.
Oh! Rupa-rupanya semua itu hanya khayalan Nurul Wahab saja. Murai Batu sangkakan ianya betul-betul terjadi. Tak lah Murai Batu tertinggal keretapi ya