Thursday, November 3, 2011

Mizz Nina Teruja Kerap Buka Tirai Konsert Artis Antarabangsa


Mizz Nina sewaktu sidang media Konsert Pitbull, di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Rabu.


KUALA LUMPUR: Penyanyi Mizz Nina, 31, menyifatkan kekerapannya melakukan persembahan pembukaan konsert penyanyi-penyanyi antarabangsa sebagai satu rahmat dan berasa teruja di atas kepercayaan berterusan daripada para penganjur.



Terbaru, penyanyi yang sedang popular dengan lagu Take Over menampilkan Flo Rida ini bakal melakukan persembahan pembukaan konsert penyanyi rap Amerika Syarikat, Pitbull di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 1 Disember depan.

Mizz Nina berkata apabila dimaklumkan mengenai kunjungan Pitbull ke sini, dia sememangnya sudah merancang untuk menyaksikan sendiri konsert itu.

"Pada awalnya, saya sendiri sudah berasa teruja untuk menonton konsert Pitbull.

"Apabila pengurusan saya memberitahu tentang tawaran untuk membuat persembahan pembukaan konsertnya, ia bagaikan satu rahmat yang tidak patut dilepaskan," katanya yang ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Hilton, di sini, Rabu.

Mizz Nina berkata pada malam konsert itu nanti, dia akan mempersembahkan tiga buah lagu termasuk lagu hitnyaWhat You Waiting For, Take Over dan sebuah lagu daripada album terbarunya yang masih dalam proses pembikinan.

Konsert Pitbull Live in Malaysia dibawakan oleh JS Concert dan DiGi.

Selain Mizz Nina, ia turut menampilkan DJ Joe Maz dan DJ Big Shype.

No comments:

Post a Comment