Thursday, November 3, 2011

HQ MCA DISIMBAH CAT MERAH (GAMBAR)


Ibu pejabat MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur disimbah dengan cat merah hari ini.

Tempat yang disimbah cat itu adalah dinding dan lantai berhampiran pintu masuk bersebelahan sebuah restoran di tingkat bawah.


Ketika dihubungi, setiausaha akhbar kepada Presiden MCA, Giam Say Khoon berkata seorang pengawal keselamatan mendapati kawasan itu cuba dicemarkan sekitar jam 7 pagi tadi.

Beliau berkata ini adalah kali pertama ibu pejabat MCA disimbah dengan cat.

Kata Giam, beberapa anggota polis kemudiannya datang untuk memeriksa tempat kejadian.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat menentukan siapa di sebalik kejadian itu dan motif berbuat demikian.

Sementara itu, prsiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang ditemui pada satu majlis di Serdang, hari ini, berkata beliau telah mengarahkan pentadbiran parti itu bagi membuat laporan polis.

Walaupun tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, katanya terdapat spekulasi bahawa tindakan berkenaan ada kaitan dengan penentangan MCA terhadap saranan supaya hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

“Saya tidak kata ia ada kaitan... ini kali pertama dalam sejarah MCA, perkara ini berlaku,” katanya.



Chua, yang lantang menentang pelaksanaan udang-undang Islam, juga menggesa DAP dan PKR supaya menyatakan pendirian mereka mengenai hudud.



No comments:

Post a Comment