Monday, November 14, 2011

Menangi Tiket Konsert Pitbull!


Pada 1 Disember depan, rapper terkenal dari Amerika, Pitbull akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia, bertempat di Surf Beach Sunway Lagoon. Turut tampil membuat persembahan pada malam itu Mizz Nina, DJ Joe Maz dan DJ Big Shype. Acara bermula jam 7 petang.


Konsert Pitbull Live in Malaysia dibawakan oleh JS Concert Productions dan DiGi. Tiket-tiket dijual pada harga RM138, RM198, RM298 dan RM398 yang boleh didapati di www.ticketpro.com.my serta semua cawangan Victoria Music, The Guitar Store dan Rock Corner. Anda juga boleh menghubungi talian 03-7880 7999 atau 03-7880 7999.

GUA mempunyai lima pasang tiket konsert Pitbull untuk dimenangi. Anda cuma perlu menjawab dengan tepat dua soalan berikut dan berikan slogan paling kreatif. Emelkan jawapan anda beserta nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan nombor telefon kepadaeekee@gua.com.my.

1. Berikan nama penuh Pitbull.
2. Namakan single kedua dari album 'Planet Pit'.
3. Slogan: Hey Baby... (tidak melebihi 15 patah perkataan)

Peraturan:
1. Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Peserta peraduan mestilah ahli daftar gua dengan maklumat peribadi yang sah seperti nombor kad pengenalan, nama penuh seperti yang tertera di dalam kad pengenalan, alamat surat-menyurat dan nombor telefon.
3. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
4. Keputusan hakim adalah muktamad.
5. Para pemenang akan dihubungi melalui e-mel atau telefon.
6. Para pemenang akan mengambil hadiah mereka di pejabat gua bertempat di Sri Pentas, Bandar Utama. Hadiah hanya akan diposkan kepada merekaƊyang tinggal di luar Lembah Klang.

No comments:

Post a Comment