Monday, November 14, 2011

Syella Kamaruddin Kahwini VVIP Terima Hantaran Banglo RM5 Juta? (9 GAMBAR)


Satu ketika dahulu, nama Syella Kamaruddin agak popular dikalangan peminat hiburan tanah air. Namun, tahun berganti tahun apatah lagi dengan kemunculan penyanyi baru secara tidak langsung menenggelamkan namanya. Bagaimanapun, OHBULAN! menerima berita eksklusif daripada seorang sumber yang dipercayai mengenai kehidupan peribadi pelontar lagu ‘Menangis Dalam Hujan’.


Difahamkan, dia telah diijakabulkan dengan seorang VVIP dalam sebuah majlis tertutup, Jumaat lepas. Menurut sumber, dia bersyukur apabila kehidupan penyanyi yang sebelum ini berhempas pulas membantu keluarga dengan menjual nasi lemak telah berubah sekelip mata.

Sumber turut menambah, Syella Kamaruddin menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta yang terletak di sebuah lokasi di ibu negara. Bukan itu sahaja, dia turut menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper. Difahamkan, perkahwinan Syella Kamaruddin secara keseluruhannya bernilai hampir RM15 juta! Baju perkahwinannya turut menerima sentuhan pereka terkenal tanah air, iaitu Hatta Dolmat.

Kebiasaannya, perkahwinan selebriti sudah tentu dihujani dengan tajaan daripada pelbagai pihak, namun situasi tersebut tidak berlaku kepada Syella. Kagum betul kami dibuatnya, fuh!

Kata sumber lagi, Syella yang juga pemilik butik D’Syella Place menjalankan perkahwinannya tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. OHBULAN! mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat penyanyi ini, semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat. Amin!

Koleksi foto dibawah turut menyertakan replika rumah sebagai simbolik hantaran yang diterima oleh Syella.















No comments:

Post a Comment