Monday, November 14, 2011

Zarina Anjoulie : It’s All BullSh*t! (GAMBAR)


 “It’s all bullsh*t!” Begitulah kata-kata yang dilontarkan artis kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah apabila diminta memberi komen mengenai isu t*t*k atau lebih tepat lagi tentang isu gambar ‘berani mati’nya dalam majalah FHM Indonesia keluaran Oktober.

Seperti gambar-gambar seksinya yang ‘berani mati’ itu, pelakon berusia 24 tahun ini juga dilihat ‘berani mati’ ketika memberikan komen mengenai isu kontroversi yang melanda dirinya sekarang. Zarina begitu lantang dalam menyuarakan haknya seolah-olah beliau tidak rasa bersalah dengan perbuatannya itu.

“Saya berani kerana benar. Jika buat ke tak buat, tak ada beza pun. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya pelik kenapa mereka perlu hentam saya seorang saja sedangkan ramai lagi artis di luar sana yang pakai seksi. Saya letak gambar saya pergi umrah pun kena kutuk juga. Bagi saya, biarlah apapun orang nak cakap, saya buat bodoh saja,” ujar Zarina mengulas mengenai kontroversi gambar seksinya itu.

“Sesi fotografi ini dibuat pada dua bulan lepas dan kalau diikutkan, sudah dua kali saya tolak pelawaan dari pihak FHM Indonesia. Kalau semua nak tahu, ketika sesi fotografi ini, mereka bagi saya baju lebih seksi lagi iaitu bikini, namun saya minta mereka tukar baju lain. Saya hanya jadi diri saya sendiri dan itu adalah pilihan saya. Lagipun, saya yang tanggung semua dosa saya. Biarlah apa orang nak kata kerana saya tak boleh nak paksa orang untuk suka kepada saya.”


Apabila ditanya apakah perasaannya apabila dihentam dan dikritik oleh masyarakat, Zarina menjawab, “Saya boleh terima. Bila baca isu mengenai saya, saya gelak saja. Saya rasa dah macam ‘Stone Cold’ saja sebab dah tak rasa apa-apa lagi. ‘It’s all bullsh*t!’. Pada saya, banyak lagi benda yang teruk.

“Saya dah minta maaf sebelum ini, namun bila saya minta maaf, saya pula yang kena hentam balik dan kena pijak. Jadi, lebih baik saya balas dan hentam mereka balik. Bagi saya, ini dah asam garam kehidupan dunia artis, jadi jika tak boleh terima dengan kritikan semua ini, jangan jadi artis. Lepas dah lalui dan biasa dengan dunia artis ini, saya dah kalis dengan segala kritikan,” jelas Zarina sambil mengakui terkilan dengan penulisan dari pihak media.

“Wartawan selalu tulis masyarakat kutuk dan benci saya. Saya terfikir, betul ke masyarakat bencikan saya. Tapi, bila pergi ke acara mana-mana, mereka okay saja dengan saya. Mana yang mereka cakap masyarakat tak suka saya, mana? Bawa pada saya. Saya rasa tak ada pun. Jangan salahkan masyarakat.

“Jika wartawan cakap apa yang mereka fikir, cakap saja. Tak perlu gunakan masyarakat. Nak cakap saya sundal, cakap saja tak perlu nak cakap masyarakat yang cakap saya sundal. Saya tahu ada sesetengah peminat yang sokong saya dan sesetengah lagi membenci saya. Namun, saya sedar yang orang Malaysia ini, cakap saja benci, tapi mereka masih baca cerita tentang saya.”

Menyentuh mengenai filem terbaru lakonannya, ‘Khon Malay’, Zarina memberitahu, “Alhamdulillah, tawaran berlakon masih ada. Walaupun saya jarang terima tawaran sebab sedang sibuk belajar, namun ada pihak yang masih sudi memberi tawaran kepada saya.

“Ini kali pertama saya membawa watak utama. Saya memegang watak sebagai Chintya, seorang peninju yang berbakat. Saya rasa teruja sebab watak yang saya dapat ini, memang itu yang saya nak. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong saya selama ini dan pada yang lain itu, saya tak kisah,” jelasnya mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment