Wednesday, November 30, 2011

Enot jatuh masa Maharaja Lawak Mega & masuk hospital


Pelakon Enot kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami masalah sakit tulang belakang dan lutut retak.

“Saya dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu lalu iaitu sehari selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM). Pada malam MLM tu, saya sepatutnya dukung Didie selepas Didie melompat atas badan saya, entah macam mana saya tergelincir dan terjatuh. Itu yang membuatkan lutut saya retak. Sebelum ini pun, lutut saya memang dah sakit tetapi bertambah teruk bila jatuh tersungkur.

Lama-kelamaan, saya berasakan tulang belakang pula sakit. Jadi pagi Sabtu tu, saya terus ke HUKM lalu ditahan di wad sebab doktor cakap kalau dibiarkan lama-lama, sakit tulang belakang tu boleh menyebabkan lumpuh,” cerita Enot.

Dia kini sedang menjalani rawatan fisioterapi. Dan ditanya mengenai penglibatannya dalam program MLM yang berlangsung pada setiap Jumaat pula, Enot memberitahu bahawa dia tetap akan bertanding dan menjayakan persembahan.

“Saya akan minta perlepasan daripada doktor untuk membuat persembahan. Kasihan pada kawan-kawan nanti,” jelasnya yang tidak mahu dikatakan meraih undi simpati daripada peminat.