Wednesday, November 30, 2011

Cuti ke Gold Coast Sepang bersama Shila (4 GAMBAR)


TAHUN 2011 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan pastinya ramai di antara kita sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk bercuti bersama keluarga dan orang tersayang.

Safi Balqis Perfect 10 menawarkan pengguna produk itu peluang untuk memenangi percutian istimewa di Gold Coast Sepang, Selangor bersama duta mereka iaitu penyanyi, Shila Amzah.

Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman berkata, pertandingan itu dianjurkan sebagai penghargaan kepada mereka yang setia menggunakan produk tersebut selama ini.

"Tiba masanya kami menawarkan peluang kepada pengguna yang telah menjadikan kami sebagai jenama pilihan utama yang dipercayai," jelasnya dalam satu kenyataan akhbar, baru-baru ini.

Peraduan yang dibuka bermula Oktober sehingga hari ini akan memilih empat kliq, setiap satu kliq bersamaan empat orang untuk menikmati sebuah percutian yang menjanjikan pelbagai kenangan manis.

Pemenang utama Peraduan Kliq Safi Balqis Perfect 10 bakal memenangi tiket percutian dan Ipad setiap seorang manakala tiga lagi kliq bakal memenangi tiket percutian dan juga Ipod untuk setiap ahli.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan itu, mereha hanya perlu membeli produk Safi Balqis Perfect 10 bernilai RMi5 ke atas dalam satu resit pembelian dan simpan resit tersebut sebagai bukti pembelian.

Kemudian, ambil sekeping gambar yang menarik bersama tiga rakan yang lain dengan produk Safi Balqis Perfect 10 dan muat naik gambar tersebut ke www.facebook.com/SAFI.MY beserta nama yang paling unik untuk kliq anda dan paparkan bersama gambar tersebut.

Pemenang bakal dipilih berdasarkan gambar dan nama kliq yang paling menarik, selain daripada hadiah yang disebutkan, kliq yang berjaya mengumpul mata tertinggi juga akan membawa pulang hadiah misteri.

Bagi mereka yang tidak mahu melepaskan peluang percutian bersama produk dan penyanyi kesayangan mereka, ambil gambar sekarang, berikan nama kliq yang terbaik dan menangi percutian menarik bersama Shila Amzah dan Safi Balqis Perfect 10.