Wednesday, November 30, 2011

Rita, Anak Arwah Sosilawati Nikah 4 Disember


Majlis pernikahan pewaris Nouvelles Visages, Erni Dekritawati Yuliana Buhari (Rita) iaitu puteri sulung kepada Arwah Datuk Sosilawati Lawiya akan diadakan pada 4 Disember depan di kediamannya di Gombak.

Menurut sumber, majlis persandingan Rita bersama pasangannya Khamarulazlan Mohamad Hanafiah akan diadakan selepas selesainya majlis pernikahan tersebut. Majlis yang berkonsepkan ‘Islamic Garden Wedding’ ini dikhabarkan diadakan secara sederhana.

Sementara majlis di pihak lelaki akan diadakan pada minggu berikutnya iaitu pada 8 Disember.